Friday, September 18, 2009

Ujian balik raya 09

Kepulangan balik kampung untuk beraya pada tahun ini diuji dgn dugaan yg agak getir apabila kenderaan Naza Citra kami telah terlibat dalam kemalangan di KM 75 jalan Jerangau Jabor pada pagi 18.09.09 @ 7.30am.

Kami bertolak dari Hulu Langat jam 2.30am menuju Machang, Kelantan melalui lebuh raya Karak. Kami sempat menikmati ganjaran tol percuma (tol Gombak & Bentong) yang diberikan oleh pihak pengurusan tol Karak/LPT bermula 12am-5am pada 18 & 24.09.09. Sebaik saja melepasi tol Bentong keadaan trafik sangat teruk, jem dah bermula sehingga ke simpang masuk yang kedua ke Bentong (simpang pertama ditutup) , kenderaan bertindih-tindih. Melihatkan keadaan tersebut kami mengambil keputusan untuk balik melalui LPT dan Jerangau-Jabor.

Keadaan hujan renyai dan kereta agak banyak..semuanya perlahan dan mematuhi peraturan..Saat bermula apabila aku mula memotong barisan kenderaan yang perlahan apabila diyakini jalan 'clear' di depan...selepas berjaya memotong beberapa kenderaan dgn yakin dan selamat, aku nampak selekoh ke kiri di hadapan dan dengan tenang cuba memasuki semula ke laluan tapi entah macamana tiba-tiba terasa tayar kereta menggelongsor seolah berpusing di atas ais. Utk mengelak melanggar kereta di hadapan, aku terpaksa membrek sedikit menyebabkan stereng kereta terpusing ke kiri dan ke kanan.... aku menjerit "Allahu Akbar'....'AllahuAkbar'..sambil mengawal kenderaan yang totally lost of control. Dalam sekelip mata Naza Citraku terpusing sekali ke kanan dan terus menghentam Guard Rail (penghadang jalan besi) sebelah kanan dan berhenti. Aku berpaling ke arah isteriku dan anak2 di belakang....Alhamdulillah...semuanya selamat. Anak2ku yg tertidur sebelumnya terus terjaga dan bertanyakan kepadaku apa yg telah terjadi...dalam keadaan sedikit mamai...kelihatan semua ahli keluargaku tenang dan tidak panik.

Kemudian, aku dapati enjin kereta masih lagi hidup dan aku menekan minyak perlahan-lahan kerana sangkaanku kereta hanya terhimpit rapat ke penghadang besi tapi ia tidak bergerak. Kemudian aku keluar dari kereta untuk meninjau kerosakan barulah aku sedar rupa-rupanya keretaku tergantung di atas guard rail yang menghalang dari jatuh ke gaung..Astaghfirullah...terus degupan jantungku sedikit laju (ore kelate kato 'kenalen' skit)... beberapa buah kenderaan berhenti memberikan bantuan. Tiba-tiba aku terlihat sebuah kereta Wira telah berada di bawah gaung lantas aku meminta bantuan seorang lelaki untuk meninjau kereta tersebut jika masih terdapat orang di dalamnya. Didapati tiada seorang pun di dalam kereta yang lebih malang itu. Aku bagitau mereka yang datang menolong bahawa kereta wira tersebut tiada kaitan perlanggaran dengan keretaku.



'Keadaan Citra yg tersangkut atas guard rail sebelah gaung'



Hujan masih lagi renyai-renyai...dalam tenang tetapi sedikit kelu aku 'blank' tak tahu nak buat apa..bertanyakan seorang pak cik bengkel yang terdekat..katanya dekat Bukit Besi tak berapa jauh dari situ. Aku terus menelefon Etiqa Insurance Careline tapi tak dapat dihubungi..kemudian aku telefon adikku, Sanusi yang masih lg berada di KL dan akan pulang Jumaat malam. Setelah berbincang apa yang patut dibuat beliau berjanji akan menelefon semula...

Lebih kurang 5 minit kemudian kereta polis peronda dan wakil bengkel tiba dan terus memberikan bantuan yang diperlukan. Selepas memastikan semua penumpang selamat, pegawai Polis meminta bantuan pak cik tadi menghantar ahli keluargaku ke balai polis Bkt Besi utk membuat laporan dan menguruskan apa yang patut. Kata pegawai Polis tersebut nasib baik keretaku tidak berapa laju, kalau tak memang confirm dah terjun gaung macam Wira tersebut yg dah terbabas lebih kurang setengah jam sebelumnya. Dalam perbualan dgn pegawai polis tersebut, didapati selekoh tersebut memang merbahaya dan telah banyak berlaku kemalangan tp semuanya tiada melibatkan kemalangan jiwa....orang kata kawasan 'keras'. Aku menerangkan kpd polis bahwa aku terasa seolah2 melalui jalan yg berminyak.

'Familiku setia & tenang dok menunggu
di Balai Polis Bkt Besi'

Kemudian aku dapat panggilan drpd adikku yg mengatakan kawannya yg berada di Dungun akan menghantar sebuah kereta kpdku. Alhamdulillah..bantuan begitu cepat sekali..sebenarnya ia adalah van Kia Preggio milik syarikatnya yg dibawa pulang oleh salah seorang anak buah beliau.

Dalam pada itu, seorang lelaki yg memperkenalkan diri sbg Mie dari sebuat bengkel memberikan business card dan memberi tunjuk ajar kpd aku apa yg perlu dibuat. Dia berjanji akan menguruskan keretaku dgn bengkelnya dan menolong membuat tuntutan insuran. Takut juga jika tertipu, aku menelefon beberapa orang kawan meminta pandangan mereka.

Setelah yakin dgn brader Mie dan pandangan kawanku, aku ikut saja arahan Mie bengkel. Selepas mengambil beberapa keping gambar menggunakan HP, aku ke Balai Polis Bkt Besi bersama Mie utk membuat laporan dan aku telah di saman sebanyak RM300 krn cuai dan merosakkan harta awam.




'Pandangan dr arah belakang, satu tayar tergantung'


Semasa di balai polis, aku dapati ramai sekali orang membuat laporan polis krn bermacam-macam kemalangan..maklumkah ramai yg balik raya !...Sebenarnya sebelum aku kemalangan , kira2 1KM di hadapan sudah terdapat 2 buah kereta (Toyota Vios & Toyota SEG) telah terjatuh ke dalam gaung akibat mengelakkan anak kerbau yg telah mati dilanggar lori. Sebab tulah Polis cepat sampai di tempat kejadian, tapi syukurlah semua kemalangan tersebut tidak melibatkan kehilangan jiwa dan kecederaan parah. Tak sampai setengah jam kemudian, datang lagi 3 buah kenderaan yg dah kemik depan belakang ...Iswara langgar Wira, dan Wira langgar plak Honda City yg terbaru..Wira tulah yg naya...kena hentam depan & belakang...rupa2nya mereka terkejut & brek emergency apabila jalan ditutup sementara krn kren tengah mengalihkan kereta aku dan mengangkat Wira yg terjatuh gaung tadi...bertambah lagilah kerja polis....Sarjan Hakim yg menguruskan kes aku..menceritakan yg beliau dah bertugas lebih 48 jam dan masih belum tidur lagi...sepatutnya shift beliau habis jam 8am hari tu tp nampaknya kena sambung lagilah sbb banyak lagi kes kemalangan ...syabaslah abang2 polis yg bertugas tak kira masa demi orang ramai...semoga Allah memberkati kehidupan mereka..




'Nasib baik 3 tayar di sebelah dalam, hanya 1 tayar sebelah luar'


Selepas selesai semua urusan dgn polis kira2 jam 9.30am, kawan adikku yg dikenali sbg Awang tiba di balai polis Bkt Besi bersama Kia Preggio sementara isterinya memandu Waja. Selepas berkenalan dan mengucapkan berbanyak terima kasih kpd beliau & keluarga , aku membawa isteri & anak2ku menaiki van berkenaan dan terus menuju ke Simpang 3 tempat yg dijanjikan pertemuan dgn Naza Citraku yg telah ditarik utk memindahkan barang2.




'Kia Preggio, kenderaan yg menjadi penyelamat kami pada pagi tu'





'Citraku terpaksa menaiki lori utk ke bengkel'





Setelah selesai memindahkan semua barang2, kami bertolak ke Machang tepat jam 10am dr Simpang 3 Jerangau/Dungun dgn hati yg lega bercampur sayu ....kami selamat sampai di rumah mertuaku di Machang pd jam 1.30tgh...tiada perkataan yg mampu diungkapkan perasaan kami ketika itu...namun kami bersyukur ke hadrat Ilahi krn masih lagi memberi kami peluang utk menyambut hari Lebaran pada tahun ini w/pun dgn sedikit kekurangan (cuma takde kereta je).. ...walaupun terlibat kemalangan yg agak getir namun banyak sekali faktor 'mujur' (nasib baik) dlm kejadian tersebut.

1. mujur tak jatuh gaung
2. mujur tak laju
3. mujur semua selamat
4. mujur tak berlanggar dgn kereta lain-sorang2 je
5. mujur takde kenderaan dr depan semasa terbabas ke kanan
6. mujur cepat bantuan sampai- org ramai, polis, penarik kereta
7. mujur cepat dapat kenderaan ganti (terima kasih kpd Sanusi & kawannya)
8. mujur kereta rosak sedikit je
9. mujur semua urusan berjalan lancar

Pendek kata, w/pun dlm musibah, nasib baiknya banyak sekali..tentu ada hikmat di sebaliknya..Wallahu a'lam.

'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'