Saturday, December 5, 2009

Citraku Kembali daa...



Alhamdulillah, selepas 2 bulan 4 hari dari tarikh ujian menjelang Aidilfitri, aku memandu pulang semula Naza Citraku dari bengkel di Dungun pada 21 Nov. 2009. Semua kosnya berjumlah RM6400 ditanggung oleh Etiqa Insurans (pasni NCD aku dah tak best!).




Barang-barang yg. ditukar adalah bumper depan belakang, lampu utama kiri, dan kedua-dua lampu kabus. Semuanya nampak macam ori melainkan lampu kabus je aku yakin cap ayam ! Nak komplen nanti nak kena hantar ke bengkel di Dungun semula..tak kuasa aku !
Dari segi handling takde perubahan, kerana ia tidak menjejaskan casis hanya calar body saja. Anyway, syukurlah...nampaknya Citra ni akan bersama kami untuk jangka masa yg panjang lagi krn harga sekarang mmg merudum....wassalam.







No comments:

Post a Comment